Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Saiz Teks
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Berita (Arkib)

KEADILAN Desak Najib Bentang Kertas Putih Isu Felda

Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini semakin diasak dengan isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat mengenai rizab tunai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang menjunam sebanyak RM2.37 bilion dalam tempoh lima tahun dan beberapa keputusan pelaburan yang menyebabkan Felda menanggung kerugian.


Tidak cukup dengan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bermatian mempertahankan status kewangan Felda, isu itu akhirnya mendesak Najib bersuara akibat tekanan politik terhadap beliau.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kerajaan pimpinan Najib perlu membentangkan kertas putih di parlimen bagi menjelaskan isu membabitkan kerugian yang dialami Felda.


"Kalau betul kerajaan telus, kita minta kerajaan bentangkan kertas putih di parlimen tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap kewangan Felda. Ini kerana kita ada bukti yang tunjukkan bahawa sebelum Felda diambil alih oleh Najib (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan sebelum diambil alih oleh Ahmad Maslan, 'fixed deposit' Felda amat besar, tetapi kini 'fixed deposit' Felda menjadi terlalu kecil," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.


Menurutnya, beliau sendiri akan menulis surat kepada Jawatankuasa Wang Kira-Kira Awam untuk menggesa isu kerugian yang ditanggung Felda disiasat.


"Kita bukan nak menuduh sesiapa, tetapi apa yang seolah maklumat yang bercanggah. Kita tidak yakin tindakan dan penjelasan kerajaan betul kerana banyak perkara yang mengelirukan. Ini berdasarkan kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan sendiri di parlimen saya masih ingat lagi pada 16 Jun lalu yang menyatakan rizab tunai Felda berkurangan dari RM4.08 bilion kepada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009.


"Ini bermakna rizab tunai menjunam sebanyak RM2.37 bilion dan selain itu juga disebut pembinaan menara Felda pada 2008 yang menelan ratusan juta ringgit. Perkara ini, kerajaan patut berikan sebab," tegas beliau.
Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa kononnya tuduhan terhadap Felda bankrap seperti yang dilaporkan dalam akhbar Suara Keadilan satu pendustaan, malah merupakan satu penghinaan kepada seluruh warga peneroka di seluruh negara.


Najib juga berkata tuduhan itu merupakan penghinaan kepada sebuah institusi yang selama ini telah banyak berjasa kepada masyarakat Melayu dan penduduk luar bandar sejak 50 tahun lalu.
Mengulas lanjut Johari berkata, isu yang ditimbulkan bukan bemaksud untuk menghina institusi itu dan masyarakat Felda amnya, tetapi memberikan penjelasan dan menjawab isu berkenaan.


"Felda ialah milik peneroka dan anak-anak mereka yang telah memberikan khidmat dengan segala bentuk pengorbanan. Soal yang kita bangkitkan bukan soal penghinaan tetapi kita nak tahu kedudukan sebenar kerana kita tidak mahu nasib Felda serupa seperti yang dialami Sime Darby, Pos Malaysia dan syarikat GLC lain yang menanggung kerugian.


"Sebagai parti (pembangkang) yang bertanggungjawab, kenapa kerajaan nak melompat? Tak payah melompat, kalau perkara itu tidak betul, jawablah. Kita dalam Pakatan Rakyat mempunyai maklumat berdasarkan apa yang kita ada dan tugas kerajaan hanya menjawab sekiranya dakwaan itu tidak betul. Tidak perlulah sampai nak melompat (saman).


"Kita sebagai pembangkang mestilah kita mahu bongkar berdasarkan maklumat yang kita ada, kita sebut kerana kita mahu kerajaan jelaskan isu ini. Biarlah rakyat yang tentukan siapa betul dan siapa salah," kata Johari lagi.


Ditanya mengenai pendedahan ahli jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa di laman blognya beberapa hari lalu yang mengaitkan syarikat kroni milik Umno dengan beberapa projek pembangunan Felda, beliau turut terkejut dengan pendedahan itu dan mahu kerajaan menjawab dakwaan berkenaan kerana ia merupakan dakwaan yang cukup serius.
"Ini satu dakwaan yang berat,  bukan keluar dari mulut ketua cawangan PAS, tetapi seorang pemimpin besar PAS yang sudah pasti beliau mempunyai maklumat tentang dakwaannya. Kerajaan perlu jelaskan perkara ini," tegas beliau.


Antara projek yang dikatakan dianugerahkan kepada firma berkenaan adalah kawasan perumahan dan komersial di Feldajaya iaitu sebuah projek pembangunan untuk generasi kedua peneroka Felda.


Laporan media mendakwa projek tersebut diserahkan kepada firma arkitek W&W yang dimiliki Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan dan seorang ahli pemuda Umno Bahagian Besut, yang dikenali sebagai Wan Burhanuddin Wan Hassan yang memiliki hubungan rapat dengan seorang pegawai atasan Felda di Terengganu.


Menurut Husam, projek tersebut bukan sesuatu yang dibanggakan berikutan lokasinya yang tidak sesuai dan harga kosnya yang terlalu tinggi menyebabkan ia menjadi sebahagian projek gajah putih.


Selain Feldajaya Trolak, terdapat tiga projek seumpama itu di Chini, Serting dan Mempaga yang menelan kos RM152 juta.
Husam juga mendakwa bayaran kepada arikitek berkenaan tidak jelas dan mungkin menjangkau RM500 bilion termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains Mara Trolak dan kolej komuniti di Terengganu dan Sabah.

 


Sumber: Suara Keadilan

 

 

KEADILAN Bentang Usul Tergempar Berhubung Permit Penerbitan Suara Keadilan

KEADILAN akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat pagi esok bagi membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan.


Naib Presiden, Sivarasa Rasiah berkata usul tersebut yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali juga akan mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya menyegerakan pembaharuan permit penerbitan akhbar tersebut yang tamat pada 30 Jun lalu.


"Usul yang akan dibentangkan berhubung permit penerbitan Suara Keadilan adalah penting dan perlu dibahas segera dalam parlimen kerana kita berpendapat Kementerian Dalam Negeri sememangnya berniat jahat untuk tidak menimbangkan permohonan pembaharuan permit itu walhal pihak pengurusan Suara Keadilan sudah mengemukakan permohonan lebih tiga bulan lalu.


"Tindakan KDN ini menunjukkan keadaan takut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tertekan berhubung pendedahan 'Felda Bankrap' yang disiarkan oleh akhbar itu dan terpaksa bertindak untuk menutup lebih banyak lagi pembongkaran berhubung Felda dibuat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Subang.


Usul tergempar tersebut dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).


Beliau juga berkata satu sidang akhbar akan diadakan di lobi parlimen pada pukul 12.30 tengahari oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu ini.


Pada 2 Julai lepas KDN menghantar surat kepada Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memaklumkan pihak kementerian tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan secara bertulis mengenai tiga surat teguran yang tidak dijawab dan juga surat tunjuk sebab berhubung artikel 'Felda Bankrap' yang siarkan dalam keluaran 22-29 Jun lalu.
Ekoran itu KDN mengatakan Suara Keadilan tidak lagi boleh diterbitkan kerana permitnya telah tamat dan kementerian juga belum lagi membuat keputusan untuk menimbangkan pemohononan akhbar untuk memperbaharui permit penerbitannnya.


Tindakan ini dipercayai mempunyai hubungkait dengan langkah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang telah menyaman Suara Keadilan susulan daripada artikel tersebut.

 


Sumber: Suara Keadilan

 

KEADILAN Tunggu Felda Di Mahkamah

KEADILAN hari ini menegaskan parti tidak akan melayan tuntutan RM200 juta dan tidak akan memohon maaf seperti yang dituntut oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung laporan 'Felda Bankrap' yang isiarkan dalam lidah rasmi, Suara Keadilan lebih seminggi lalu.


Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.


"Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita akan jawab di mahkamah. Tindakan tersebut sangat kita alu-alukan dan inilah peluang untuk kita lakukan pendedahan terhadap penyelewengan yang berlaku di dalam Felda.


"Berhubung perkataan bankrap maksud kita jelas bahawa penyelewengan berlaku sehingga menjejaskan kewangan Felda, selain fakta yang diberikan oleh menteri terbabit boleh membawa Felda ke arah bankrap.


"Pelaburan dilakukan terhadap pembinaan bagunan baru Felda yang membabit kos yang tinggi itu juga satu pembaziran yang besar dan tidak akan dapat dimanfaatkan oleh peneroka begitu juga pelaburan di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat.


"Tujuan kita jelas ingin membawa Felda kepada satu perubahan terhadap pentadbiran yang dilihat mempunyai kepentingan sesetengah pihak, sepatutnya Felda mengambil keputusan menjelaskan perkara tersebut bukan kepada tindakan tuntutan saman," kata Sivarasa kepada Suara Keadilan di parlimen petang tadi.


Beliau mengulas mengenai tuntutan ganti rugi Felda terhadap KEADILAN, penerbit Pelita Koridor Sdn Bhd serta Percetakan NPK Sdn Bhd.


Sebelum ini Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata pada sidang media di parlimen bahawa peguam Felda telah menghantar notis tuntutan saman fitnah kepada ketiga-tiga penama tersebut.
Kata Ahmad sekiranya tuntutan itu gagal ditunaikan dalam masa tujuh hari bermula hari ini, Felda akan membawa kes tersebut ke mahkamah.

 


Sumber: Suara Keadilan Online

 

PKR expected to reshuffle leadership line-up

PKR is expected to make several changes to its leadership line-up in a reshuffle likely to be announced at the weekend.

Several state liaison chiefs and bureau heads are expected to be replaced, while some new appointees are expected to be included in the supreme council, the party's decision-making body.

"There will be some minor changes which will be announced by the party leadership," party secretary-general Saifuddin Nasution told Bernama when contacted.

Saifuddin said it was likely that the reshuffle would be announced after the party's retreat at a hotel in Shah Alam this weekend.

There is intense speculation that two former ministers Zaid Ibrahim and Chua Jui Meng, who are supreme council members, will be given bigger roles. 

Zaid currently heads the PKR-DAP-PAS opposition pact's secretariat, while Chua sits on the party's powerful political bureau.

There is talk that party communications head Jonson Chong would be replaced by Seri Setia state assemblyperson Nik Nazmi Nik Ahmad, who is the political secretary to Selangor Menteri Besa Khalid Ibrahim.

 


Sumber: Malaysiakini

 

Muka 1 daripada 17