Parti mengadakan pemilihan pimpinan di peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada tahun 2010 ini (Pemilihan 2010).
Proses pemilihan kali ini akan berdasarkan perlembagaan KEADILAN yang telah dipinda dan diluluskan di dalam Kongres Nasional Khas 2009 serta oleh pihak Pendaftar Pertubuhan pada 28 April 2010.
Pindaan perlembagaan KEADILAN ini menterjemahkan hasrat Parti untuk menjadi sebuah badan parti politik yang lebih demokratik dan diwakili oleh suara ramai anggota-anggota Parti dalam proses pemilihan pimpinannya.
Seperti mana lazimnya dan menurut kehendak perlembagaan Parti, pemilihan pimpinan Cabang akan diadakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) tahun 2010. Pemilihan pimpinan MPP pula adalah menerusi suatu sesi undian khas yang akan melibatkan keanggotaan Parti secara langsung.
Pemilihan Cabang Kapar, Subang & Kuala Langat (27 Mac 2011)
| Kapar | Subang | Kuala Langat |
| Cabang | Cabang | Cabang |
| Wanita | Wanita | Wanita |
| AMK | AMK | AMK |
Pekeliling Setiausaha Agung mengenai MATC & Pemilihan 2010
POSTER CALON MAJLIS PIMPINAN PUSAT
| < Sebelum | Seterusnya > |
|---|

















