Identiti Parti

IDENTITI PARTI

COGAN DAN LAMBANG PERJUANGAN
Berteraskan ‘Keadilan Untuk Semua’, Keadilan menetapkan beberapa ciri yang bersesuaian dengan cogan perjuangan tersebut.

640px-Parti_Keadilan_Rakyat_logo.svg

Mata yang terbuka adalah cahaya yang menyuluh perjuangan untuk menegakkan keadilan. Mata yang terbuka mencerminkan mata hati nurani yang mendorong Parti untuk mencapai perubahan ke arah kebenaran dan keadilan.
Lajur merah di kiri dan kanan segi empat tidak sama melambangkan keberanian dan komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

 

LAGU PARTI
Lagu parti dan senikatanya telah diilhamkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau dalam tahanan. Lagu yang diberi tajuk ‘Arus Perjuangan Bangsa’ telah pertama diperdengarkan kepada umum oleh kumpulan koir anak muda yang seramai 120 orang semasa pelancaran Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003 di Kuala Lumpur.

 

Arus Perjuangan Bangsa
Keadilan!
Keadilan rakyat kita
Jana arus!
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan Negara
Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasakan rakyatnya
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
KEADILAN rakyat Malaysia