Memandangkan pertikaian mengenai penggunaan kalimah "Allah" oleh golongan bukan Islam ialah masalah keagamaan, justeru kita seharusnya mengamalkan sikap toleransi dan hormat-menghormati sebagaimana yang dianjurkan oleh semua agama.
Kami secara ikhlas merayu kepada semua pihak agar bertenang dan menangani masalah ini secara damai dan bijaksana. Semua pemimpin agama dan politik harus bertindak secara bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan atas isu ini sehingga mengorbankan rakyat.
Walaupun kami menghormati hak kebebasan untuk berkumpul dan meluahkan pendapat, kami percaya bahawa semua pihak yang berkenaan harus menggunakan kebebasan ini secara bertanggungjawab dan bukan untuk menimbulkan permusuhan agama atau ras, atau menjejaskan mana-mana rakyat atau agama lain.
Sebagai rakyat Malaysia, kita telah hidup bersama-sama di negara ini untuk suatu tempoh yang sangat lama. Walaupun terdapat perbezaan antara kita, inilah masanya untuk kita bersama menyelesaikan sebarang konflik secara damai dan bijaksama demi masa depan negara yang kita cintai.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
| < Sebelum | Seterusnya > |
|---|

















