12321613_10153767492577418_2867352510493083630_n

Hujan lebat yang bermula awal bulan November yang lepas telah mengakibatkan ibu negeri Tamil Nadu, iaitu Chennai dan kawasan yang berdekatannya telah ranap kerana banjir. Ini adalah banjir yang terburuk dalam abad ini. Kehidupan rakyat di sana telah menjadi satu perjuangan kerana sebahagian bandaraya Chennai serta rumah-rumah ditenggelami air. Kerajaan Negeri Tamil Nadu tidak mampu untuk membantu kesemua mangsa kerana keadaan banjir yang merumitkan proses penyelamatan.

Setakat 10 Disember yang lalu, lebih daripada 400 orang telah meninggal dunia dan lebih 1.8 juta orang telah kehilangan tempat tinggal manakala beribu-ribu lagi telah kehilangan mata pencarian mereka, harta benda dan banyak lagi. Anggaran kerosakan dan kerugian dimaklumkan lebih US 10 bilion.

Mengambil kiri tentang pekara ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia bersama-sama dengan sebuah NGO sedang berusaha untuk mengumpul dana dan barangan keperluan asas bagi membantu usaha-usaha bantuan segera ke Tamil Nadu, India. Angkatan Muda Keadilan akan melancarkan siri “Jelajah Bantuan Dana bagi Mangsa Banjir di Tamil Nadu”. India. Jelajah ini adalah untuk mengumpul dana dan barangan keperluan asas di seluruh negara di mana satu kumpulan sukarelawan akan bertugas di setiap kawasan yang dipilih sehingga bulan Januari 2016.

Kami merancang untuk mendapatkan dana lebih Ringgit Malaysia Seratus Ribu (RM100, 000) untuk mangsa-mangsa di Chennai dan kawasan sekelilingnya. Sebagai parti politik yang utama di Malaysia dimana terdapat semua bangsa di bawah satu bumbung, Parti Keadilan Rakyat sentiasa komited untuk membantu semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Angkatan Muda Keadilan juga mengambil langkah proaktif dimana sebelum menjalankan sebarang pengumpulan dana ini, kami akan membuat satu laporan kepada pihak berkuasa untuk memaklumkan baki yang terdapat dalam akaun NGO tersebut. Segala sumbangan yang diterima selepas laporan tersebut adalah untuk kegunaan mangsa banjir di Tamil Nadu sahaja .

Dengan ini, kita dapat menghidari sebarang kekeliruan dan jumlah kutipan tersebut juga akan dimaklumkan kepada orang ramai kerana ini melibatkan sumbangan dari orang awam. Semua sumbangan boleh dibuat melalui Persatuan Keselamatan dan Kebajikan Penduduk Klang Bandar Diraja (Nombor Akaun: 8007634313 – Bank CIMB.) Kami juga ingin menyeru semua parti politik, NGO dan aktivis-aktivis untuk berganding bahu untuk bersama kami menjayakan kempen mengumpul dana ini bagi membantu mereka yang menderita atas dasar keperimanusiaan dan tolak segala perbezaan poltik. Kami juga percaya semua rakyat Malaysia akan membantu mangsa-mangsa ini tanpa mengira bangsa dan agama.
‪#‎SafeTamilNadu‬

Angkatan Muda Keadilan Malaysia