KEADILAN Bantah penurun 5.5% pengambilan IPTA 2015/2016, akibat pemotongan Bajet IPTA tahun 2015

 
Mengikut laporan akbar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail telah mengumumkan pengambilan pelajar seramai 40,438 ke IPTA untuk sesi 2015/2016. Menurut beliau juga tahun ini ada seramai 63,942 pelajar yang memohon memasuki IPTA, pelajar yang layak masuk pula adalah 59,511 orang (93.07%).

 

Tahun  

Permohonan

 

Layak Penawaran
2013 68,702

 

57,802 41,573
2014 74,071

 

67,388 42,795
2015 63,942

 

59,511 40,438

 

Merujuk data yang diperolehi dari parlimen, pengambilan pelajar pada tahun 2015 hanya 40,438 pelajar adalah paling rendah berbanding tahun 2013 (41,573 pelajar), dan 2014 (42,795 pelajar). Ini bermaksud penurunan 5.5% berbanding tahun lepas. KEADILAN membantah penurunan pengambilan pelajar 5.5% secara mendadak.

Kadar pengabilan pelajar pada tahun 2015 adalah 67.95% juga turun berbanding 2013 (71.9%). Maka, kami menjangka ramai pelajar yang layak masuk ke IPTA tidak mendapat tawaran atau mendapat tawaran yang di luar pilihan pada tahun ini. Ini adalah trajedi yang berlaku berulang-ulang tahun.

Gejala penurunan kemasukkan pelajar disyaki berkaitan dengan pemotongan Bajet IPTA yang mendadak dalam Bajet 2015. Mengikut Bajet 2015 yang diluluskan dalam Dewan Rakyat, kerajaan telah memotong 12.36% iaitu daripada RM 8.47billion (2014) ke RM 7.42 billion (2015), iaitu penurunan RM 1.03billion. sila rujuk lampiran Excel.

Pemotongan bajet adalah disebabkan oleh pengawalan fiskal yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri akibat gagal mengawal hutang Negara yang hampir mencecah 55%. KEADILAN berpendapat, kerajaan tidak harus memotong bajet IPTA kerana ia merupakan satu tanggungjawab Negara dan juga pelaburan yang bijak. Mengikut kajian OECD, pelaburan ke dalam pendidikan tinggi akan membawa pulangan yang tinggi kepada kerajaan. Secara purata, setiap ringgit kerajaan melabur dalam pelajaran tinggi, kerajaan akan mendapat 6 ringgit dalam bentuk cukai. Ia juga mengurangkan masalah penggangguran kepada kerajaan. KEADILAN sedar akan kebaikan pelaburan dalam pendidikan tinggi. Maka dalam manifesto kami dalam PRU13, kami telah menjanjikan pendidikan percuma sehingga ke pengajian tinggi. Ini adalah serupa dengan Negara German yang telah memberi pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya.

Dalam keadaan kejatuhan ringgit, KEADILAN menyeru kerajaan memikul tanggungjawab sosial untuk menyerap pelajar-pelajar ke IPTA. Ibubapa sekarang menghadapi masalah serius membiayai kos yuran IPTS dan university luar Negara apabila 1 Dollar bersamaan RM4 dan 1 pound bersamaan RM6.25. Maka, ini peluang yang terbaik untuk menarik pelajar-pelajar cemerlang terus belajar di IPTA daripada melanjut pelajaran di luar Negara. Dengan lebih ramai pelajar cemerlang dalam IPTA, prestasi IPTA juga akan meningkat. Maka, KEADILAN menyeru IPTA menambah in-take pelajar-pelajar ke IPTA dalam intake kedua yang akan diumumkan pada September.

 

 

Higher Education Complaint and Appeal Portal (HEAP)

 

KEADILAN juga melancarkan laman web HEAP untuk membantu pelajar yang gagal mendapat sebarang tawaran IPTA atau ditawarkan kursus di luar pilihan.

Laman web ini dibuka untuk semua pelajar lepasan STPM/setaraf yang ingin mengadu kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN. Mereka hanya perlu mengisi borang aduan di laman HEAP.

https://heap.keadilanrakyat.org

Sejurus selepas kami menerima aduan daripada pelajar-pelajar, kami akan mengumpulkan data-data yang kami terima untuk dianalisis. Tarikh tutup penghantaran aduan kepada kami adalah 21 Ogos 2015.

Harus ingat,  mereka wajib merayu kepada UPU sebelum 21 Ogos 2015 melalui laman web UPU.http://upu.moe.gov.my/web/pendaratan.php Merayu kepada laman web HEAP adalah kaedah tambahan sahaja.

 

 

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Pengarah Strategik KEADILAN