Parti Keadilan Rakyat


Identiti Parti

Mata yang terbuka adalah cahaya yang menyuluh perjuangan untuk menegakkan keadilan dan mencerminkan mata hati nurani yang mondorong Parti untuk mencapai perubahan ke arah kebenaran dan keadilan.

Lajur merah di kiri dan kanan segi empat tidak sama melambangkan keberanian dan komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Lambang Parti

Lambang (logo) Parti juga adalah sama seperti bendera dan ditambah dengan perkataan PARTI KEADILAN RAKYAT di bawahnya.

Lagu Parti

Lagu dan senikata parti dicipta oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa beliau dalam tahanan. Lagu ini pertama kali diperdengarkan kepada umum oleh koir seramai 120 orang pemuda semasa pelancaran Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003 di Kuala Lumpur.

MP3 lagu Parti Keadilan Rakyat

Arus Perjuangan Bangsa

Keadilan!
Keadilan rakyat kita
Jana arus!
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasakan rakyatnya
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia

Membujur lalu, melintang patah
KEADILAN rakyat Malaysia