Carian
June 3, 2021

Wanita KEADILAN Beraspirasi Untuk Menjadi Inspirasi

1. Sejarah bakal dilakar apabila buat julung kalinya, Kongres Wanita KEADILAN pada tahun ini dilangsungkan sepenuhnya secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bagi memenuhi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di mana persidangan secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.

2. Walaupun 18 hari sahaja dari keputusan Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (15 Mei 2021) untuk meneruskan Kongres Wanita KEADILAN, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) menyahut cabaran untuk mengendalikan seramai 656 orang perwakilan Wanita, pemerhati dan juga jemputan khas dari seluruh negara.

3. Maka cabaran besarnya terletak pada persediaan dari sudut teknikal, bukan sahaja kepada Jawatankuasa Kongres, tetapi kepada perwakilan juga. Oleh itu, setiap wanita negeri telah dibimbing secara terus bagi memastikan kehadiran perwakilan atas talian adalah semaksima mungkin.

4. Mahupun berdepan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran, anggota - anggota Wanita KEADILAN tetap beraspirasi untuk mendepani segala rintangan dan masalah teknikal yang timbul sepanjang tempoh perancangan dan pelaksanaan Kongres Wanita KEADILAN Kali ke-15 ini.

5. Alhamdulillah, ianya menjadi inspirasi kepada semua bahawa dengan wujudnya semangat kerjasama dan berdaya saing, kita mampu melaksanakan tugas dan amanah di samping perlu menyesuaikan diri dalam norma baharu ini.

6. Saya menzahirkan rasa bangga kepada Wanita KEADILAN kerana berjaya mengangkat spirit tema Kongres pada tahun ini iaitu, ‘’Beraspirasi untuk Menjadi Inspirasi.’’ Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh tenaga kerja Wanita KEADILAN dan Srikandi Malaysia atas sumbangan bagi menyempurnakan Kongres Wanita KEADILAN tahun 2021.

7. Saya juga berdoa agar kadar pemvaksinan Covid-19 dapat dipercepatkan bagi mecapai imuniti kelompok dan rakyat Malaysia disarankan untuk sentiasa mematuhi SOP dan duduk di rumah supaya perang menentang Covid-19 ini dapat kita tamatkan.

SELAMAT BERKONGRES

YB Pn Hjh Rodziah Ismail
Pengarah Kongres Wanita Keadilan Nasional kali ke-15

Related Posts
crossmenuchevron-up