Parti Keadilan Rakyat


Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat merupakan gabungan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Selain itu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menganggotai Pakatan Rakyat di peringkat Negeri Sarawak.

Penubuhan Pakatan Rakyat pada 1 April 2008 berikutan gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-12 8 Mac 2008.  KEADILAN, DAP dan PAS mencipta sejarah dengan memenangi empat kerajaan negeri selain Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dan turut menafikan Barisan Nasional majoriti 2 per 3 di dalam Parlimen Malaysia.

Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama telah diadakan pada 19 Disember 2009 di Shah Alam. Pada acara ini, Dasar Bersama Pakatan Rakyat dilancarkan dengan menyentuh 4 elemen utama:

  • Demokrasi Telus dan Tulen
  • Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil
  • Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
  • Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara
PR_logo