Kenyataan: Pengambilan Pelajar IPTA 2016 hanya 39,862 adalah paling rendah sejak 2013.

 

Mengikut laporan akbar, Kementerian Pendidikan Tinggi, pengambilan pelajar seramai 39,862 ke IPTA untuk sesi 2016/2017. Menurut kenyataan juga tahun ini ada seramai 58,011 pelajar yang memohon memasuki IPTA, pelajar yang layak masuk pula adalah 54,618 orang.

 

Tahun Permohonan Layak Penawaran
2013 68,702 57,802 41,573
2014 74,071 67,388 42,795
2015 63,942 59,511 40,438
2016 58,011 54,618 39,862

 

Merujuk data-data yang diperolehi dari parlimen, pengambilan pelajar pada tahun 2016/2017 hanya 39,862 pelajar adalah paling rendah sejak tahun 2013. Gejala penurunan kemasukkan pelajar disyaki berkaitan dengan pemotongan Bajet IPTA yang mendadak dalam Bajet 2016. Mengikut Bajet 2016 yang diluluskan dalam Dewan Rakyat, kerajaan telah memotong 16.48% iaitu daripada RM 8.75billion (2015) ke RM 7.31 billion (2016), iaitu penurunan sebanyak RM 1.44billion.

 

Pemotongan bajet adalah disebabkan oleh pengurusan ekonomi yang songsang di bawah perdana menteri akibat gagal mengawal hutang Negara dan dilanda pelbagai skandal seperti 1MDB. Sebenarnya banyak IPTA sekarang dalam keadaan kegawatan bajet. Mereka sekarang terpaksa memotong pelbagai perkhidmatan dan meningkatkan yuran perkhidmatan. Baru-baru ini UUM telah mengumumkan untuk melabur dalam industri perhotelan demi menjana kewangan membiayai perbelanjaan universiti. Ini adalah suatu gejala yang songsang.

 

Parti KEADILAN berpendapat, pendidikan generasi muda adalah yang paling penting dalam pembangunan negara. Kerajaan seharusnya meningkat bajet IPTA kerana ia merupakan pelaburan yang bijak. Mengikut kajian OECD, pelaburan ke dalam pendidikan tinggi akan membawa pulangan yang tinggi kepada kerajaan. Secara purata, setiap ringgit kerajaan melabur dalam pelajaran tinggi, kerajaan akan mendapat 6 ringgit dalam bentuk cukai. Parti KEADILAN sedar akan kebaikan pelaburan dalam pendidikan tinggi. Maka dalam manifesto kami dalam PRU13, kami telah menjanjikan pendidikan percuma sehingga ke pengajian tinggi. Ini adalah serupa dengan Negara German yang telah memberi pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya.

 

Higher Education Complaint and Appeal Portal (HEAP)

 

Parti KEADILAN juga melancarkan laman web HEAP untuk membantu pelajar yang gagal mendapat sebarang tawaran IPTA atau ditawarkan kursus di luar pilihan.

 

Laman web ini dibuka untuk semua pelajar lepasan STPM/setaraf yang ingin mengadu kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN. Mereka hanya perlu mengisi borang aduan di laman HEAP.

 

https://heap.keadilanrakyat.org

 

Sejurus selepas kami menerima aduan daripada pelajar-pelajar, kami akan mengumpulkan data-data yang kami terima untuk dianalisis. Tarikh tutup penghantaran aduan kepada kami adalah 22 Ogos 2016.

 

Harus ingat,  mereka wajib merayu kepada UPU sebelum 22 Ogos 2015 melalui laman web UPU. http://upu.mohe.gov.my Merayu kepada laman web HEAP adalah kaedah tambahan sahaja.

 

 

Sim Tze Tzin

MP Bayan Baru

Pengarah Strategik Parti KEADILAN