Sejarah Parti

SEJARAH PARTI

Awal Penubuhan

Sewaktu krisis ekonomi 1997, Anwar Ibrahim telah melakukan beberapa perubahan dan langkah penjimatan bagi menyelamatkan negara dari krisis tersebut. Tun Dr. Mahathir yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar telah memecat Anwar daripada semua jawatannya pada 2 September 1998.

14900680936_5c0c242872_o_croped

Pemecatan beliau membawa kepada terbentuknya gerakan Reformasi yang turut mengakibatkan penangkapan beliau.

 

Gerakan Reformasi 1998

Rakyat bangkit menuntut pengunduran Tun Dr. Mahathir pada 20 Sep-tember 1998 akibat tuduhan-tuduhan fitnah yang dicipta terhadap Anwar Ibrahim.

push1

Beberapa jam kemudian Anwar Ibrahim ditangkap di kediaman beliau oleh sepasukan polis dengan lengkap bersenjata.

BUigrC1CIAA9mW4_croped

Pada 29 September Anwar Ibrahim dibicarakan di mahkamah dan muncul di khalayak ramai dengan mata yang lebam akibat ditumbuk oleh bekas Ketua Polis Negaara, Tan Sri Rahim Noor.

 

Penubuhan Parti Keadilan Nasional

Gerakan Reformasi akhirnya membentuk kepada penubuhan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) yang diterajui oleh Dr. Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim. Adil cuba didaftarkan sebagai sebuah parti politik namun usaha tersebut digagalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

my}pkn

Akhirnya pendokong-pendokong reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia dan menukar nama sebagai Parti Keadilan Nasional.

dewan_rakyat_malaysia_0

Dalam PRU 1999, Parti Keadilan Nasional berjaya memperoleh 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi Dewan Undangan Negeri.

 

Penggabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia

Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

640px-Parti_Keadilan_Rakyat_logo.svg

Akhirnya pada 3 Ogos 2003 penggabungan tersebut berjaya didaftarkan dan lahirlah Parti Keadilan Rakyat seperti yang ada sekarang ini.

 

Pembebasan Anwar Ibrahim

Walaupun pada tahun 2004 Parti Keadilan Rakyat (keadilan) diuji dengan kekalahan besar di dalam pilihanraya, namun kesedihan tersebut diubati dengan pembebasan Anwar daripada pertuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas 6 tahun berada dalam tahanan.

epa000267974-malaysian-former-deputy-prime-minister-anwar-ibrahim-fewb7f_crop

Dengan pembebasan Anwar memberikan motivasi dan semangat dalam meneruskan agenda reformasi system pentadbiran dan politik negara.

 

Tsunami Politik 2008

Keadilan memasuki pilihanraya pada tahun 2008 dalam keadaan lebih bersedia. Dibantu faktor rakyat yang muak dengan pentadbiran negara di bawah BN, akhirnya Keadilan bersama parti pembangkang yang lain (DAP dan PAS) berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di parlimen dan berjaya membentuk kerajaan di 5 buah negeri.

20150618-pakatan-440

Akhirnya sebuah pakatan pembangkang telah dibentuk selepas ter-bubarnya Barisan Alternatif pada tahun 2002. Pakatan ini dinamakan Pakatan Rakyat

 

Pencapaian Keadilan

5d55

Dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, Keadilan adalah satu-satunya parti yang mempunyai wakil rakyat di setiap negeri seluruh Malaysia dengan penyertaan minima seorang wakil rakyat. Keadilan juga menjadi parti kedua terbesar yang mendapat undi popular iaitu sebanyak 20.39% dalam pilihanraya umum yang lalu.