Struktur Organisasi

STRUKTUR ORGANISASI

KONGRES NASIONAL
Badan tertinggi dalam Parti dengan kuasa menentukan perjalanan dan halatuju parti. Kongres Nasional bersidang sekali setahun dan dianggotai oleh perwakilan-perwakilan yang dipilih di peringkat Cabang, perwakilan-perwakilan dari Angkatan Muda Keadilan, perwakilan-perwakilan dari Wanita Keadilan dan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat. Semua anggota parti boleh mengambil bahagian secara langsung sebagai perwakilan ataupun pemerhati, ataupun secara tidak langsung sebagai pemilih perwakilan dari Cabang.

 

MAJLIS PIMPINAN PUSAT
Badan eksekutif dan pentadbiran parti di peringkat nasional. Ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat dipilih oleh anggota-anggota parti tiap-tiap tempoh tiga (3) tahun. Ahli-ahli Majlis bertanggungjawab membuat semua keputusan dan malaksanakan perjalanan serta halatuju parti yang ditentukan oleh Kongres Nasional.

Majlis Pimpinan Pusat adalah terdiri daripada:

Mohamed Azmin Ali

Timbalan Presiden

Rafizi Ramli

Setiausaha Agung/Naib Presiden

Nurul Izzah Anwar

Naib Presiden

Dr. Xavier Jayakumar

Naib Presiden

Darell Leiking

Naib Presiden

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita

Syed Ibrahim Syed Noh

Ketua Penerangan

Mohd Fariz Musa

Ketua Setiausaha Pengelola

MAJLIS PIMPINAN NEGERI
Majlis Pimpinan Negeri merupakan badan yang menyelaraskan aktiviti-aktiviti parti di peringkat negeri dan wilayah-wilayah persekutuan. Lazimnya, Pengerusi Negeri dilantik oleh Majlis Pimpinan Pusat dan beliau mempengerusikan Majlis Pimpinan Negeri yang dianggotai oleh wakil-wakil Cabang.

 

GERAKAN SAYAP PARTI
Parti juga mempunyai kumpulan ataupun kokus (caucus) yang memberi tumpuan khas kepada isu-isu wanita dan kaum muda. Sayap-sayap parti mempunyai struktur pentadbiran dan organisasi yang menyamai organisasi parti.

  1. WANITA KEADILAN
    Gerakan ini dibuka kepada semua anggota wanita di setiap peringkat organisasi parti. Wanita Keadilan memberikan tumpuan khas kepada isu-isu politik yang memberi kesan terhadap pembangunan wanita.
  2. ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)
    Gerakan ini dibuka kepada semua ahli, lelaki ataupun wanita, yang berumur 35 tahun ke bawah di setiap peringkat organisasi parti. Tumpuan khas diberikan kepada isu-isu pembangunan kaum muda.

 

CABANG
Cabang disusun berdasarkan kawasan pilihan raya Parlimen dan lazimnya mempunyai beberapa Ranting dalam kawasannya. Perwakilan dipilih di peringkat Cabang untuk membahaskan dasar dan program Parti dalam Kongres Nasional Tahunan.

 

RANTING
Wadah parti di kawasan tempatan anda. Kebanyakan aktiviti-aktiviti parti dijalankan di peringkat ini. Unit ini sebagai asas gerakan dan jentera kecil dalam parti.

 

WAKIL-WAKIL RAKYAT
Calon-calon yang mewakili parti yang bertanding sama ada di peringkat parlimen atau dewan undangan negeri yang telah dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya umum. Keadilan satu-satunya parti yang mempunyai wakil rakyat di setiap negeri di Malaysia.